Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rahsia Kedai Makan Jadi Tumpuan

Published: 13 Jun 2014 4.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kesemua wanita yang ditahan dalam serbuan 'Ops Noda' pukul 6.30 petang itu adalah warga China berusia antara 32 dan 44 tahun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rahsia-kedai-makan-jadi-tumpuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:57 MYT

IPOH 7 Mei 2010 - Rahsia sebuah kedai makan di kawasan kebun getah di Pekan Gurney, Manjung yang menjadi tumpuan pelanggan walaupun lokasinya tersorok dan terpaksa melalui laluan sukar terbongkar apabila polis menahan 10 wanita warga asing di premis itu semalam.

Kesemua wanita yang ditahan dalam serbuan 'Ops Noda' pukul 6.30 petang itu adalah warga China berusia antara 32 dan 44 tahun.

Dalam serbuan itu, seramai 16 pelanggan yang berada di premis terbabit dipercayai untuk mendapat 'layanan istimewa' turut diperiksa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak diketuai Asisten Supritendan Mohamad Sani Mat Ali.

"Setelah menerima maklumat tentang kegiatan maksiat yang wujud di dalam kawasan tersebut, polis telah membuat intipan selama beberapa hari.

"Hasil serbuan itu, seramai 10 wanita warga China berjaya ditangkap kerana dipercayai menjadi GRO (pegawai perhubungan pelanggan) dalam kedai makan itu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Mohd. Dzuraidi, premis berkenaan agak tersorok dan terletak kira-kira satu kilometer dari jalan besar. Pengunjung terpaksa melalui jalan tidak berturap yang berdebu sebelum sampai ke lokasi.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral di kawasan ini.

Kesemua GRO yang ditahan, kata beliau, akan didakwa di bawah Seksyen 39 (B) Akta Imigresen 1959/63.

ArticlePublished 13 Jun 2014 4.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM