Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ragbi Piala Agong 2024 Pdrm Julang Piala Agong Dua Tahun Berturut Turut Kekal Juara Edisi Ke 40

Diterbitkan: 27 Oct 2024 4.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 27 Oktober 2024 - Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menepati ramalan apabila mengekalkan kejuaraan kejohanan bagi edisi ke-40 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ragbi-piala-agong-2024-pdrm-julang-piala-agong-dua-tahun-berturut-turut-kekal-juara-edisi-ke-40
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:07 MYT
Shah Alam, 27 Oktober 2024 - Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menepati ramalan apabila mengekalkan kejuaraan kejohanan bagi edisi ke-40 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara, di sini, petang tadi.

PDRM yang turun selaku pasukan pilihan selepas muncul juara pada edisi lalu nyata memberi kelebihan kepada momentum perlawanan apabila berjaya membenam Johor dengan keputusan 43 berbalas 29.

Pada awal permainan, PDRM mempamerkan aksi garang apabila mula memungut mata seawal minit ke-8 dan ke-9 menerusi pemain Muhammad Ameer Nasrun Zulkefli serta Muhamad Amirul Aqil Kamsol dengan pungutan mata mendahului 7-0.

Cubaan Johor untuk mengekang penguasaan PDRM ternyata gagal apabila Pasukan "The Blues" itu dilihat terus mendominasi permainan sehingga tamat separuh masa pertama dengan mendahului pungutan mata 19-17.

Bersambung babak kedua permainan, PDRM terus menggandakan asakan bagi menambah jurang pungutan mata sehingga tamat perlawanan, sekaligus memastikan Johor berpuas hati sebagai naib juara edisi ke-40.

Penyampaian Piala Agong, medal dan replika cek kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda turut bercemar duli menganugerahkan pemain terbaik kepada pemain PDRM, Hariz Ezzat Hamidon.

Terdahulu, turut berlangsung perlawanan penentuan bagi tempat ke-3 dan ke-4 menyaksikan Terengganu berjaya menewaskan Selangor dengan pungutan mata 43-39.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, DCP Dato' Ts. Azizee Ismail, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am merangkap Pengelola Pasukan Ragbi PDRM, ACP Nasri Mansor, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintenden Bibiana Ng Pei Chin dan barisan pegawai kanan serta pesara PDRM.

Bagi pihak seluruh warga Pasukan, mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Pasukan Ragbi PDRM atas kejuaraan yang diraih selama dua tahun berturut-turut! Sesungguhnya semangat juang tinggi yang telah dipamerkan menjadi inspirasi kepada kami. Well done The Blues!

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Koperal Bryan Mustin

May be an image of hockey, crowd and text

May be an image of text

May be an image of 3 people, people playing football and text

May be an image of 1 person, playing football, crowd and text

May be an image of 8 people, people playing football, people playing American football and text


ArtikelDiterbitkan 27 Oct 2024 4.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM