Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pusat Urut Badan Diserbu Polis

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai tujuh wanita warga Filipina dan seorang wanita China ditahan kerana bekerja sebagai tukang urut selain menawarkan khidmat urut batin dan badan ke badan kepada pelanggan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-urut-badan-diserbu-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 16:49 MYT

KUALA LUMPUR 7 Jun 2010 – Mengurut dengan sentuhan badan ke badan. Itulah kaedah yang digunakan sebuah pusat refleksologi di Seri Hartamas di sini untuk menarik minat pelanggan.

Bagaimanapun, premis yang dilengkapi dengan sistem keselamatan untuk mengesan kedatangan pihak berkuasa itu diserbu sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur diketuai Deputi Superintenden Razali Abu Samah pukul 11 malam tadi.

Razali berkata, ketika serbuan dilakukan, dua pelanggan sedang menikmati urutan batin badan ke badan.

Menurutnya, seramai tujuh wanita warga Filipina dan seorang wanita China ditahan kerana bekerja sebagai tukang urut selain menawarkan khidmat urut batin dan badan ke badan kepada pelanggan.

“Siasatan polis mendapati kesemua wanita berusia antara 18 hingga 35 tahun itu berada di negara ini sejak awal tahun ini. Malah ada di antara mereka yang memasuki negara ini dua kali dalam tempoh sebulan.

“Hasil pemeriksaan lanjut kita dapati, kesemua mereka memiliki pas lawatan sosial manakala seorang wanita Filipina tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya di sini malam tadi.

Menurut beliau, ketika serbuan itu polis turut merampas minyak urut badan yang mempunyai bauan wangi serta wang tunai RM900 dipercayai hasil keuntungan perniagaan tersebut

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM