Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pusat Media Pdrm Di Setiap Kontinjen

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pusat Media merupakan medium yang berperanan penting dalam pelaksanaan strategi tersebut dan penubuhan pusat media PDRM ini amat bertepatan pada masanya dalam mengendali dan mengkoordinasi segala makl..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-media-pdrm-di-setiap-kontinjen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:17 MYT

Kuala Lumpur, 31 Januari 2010 - Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menggesa semua Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri untuk menubuhkan Pusat Media masing-masing sejajar dengan kehendak semasa dan tuntutan transformasi PDRM dan kepimpinan negara.

Berucap semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Media Polis Kontinjen Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur, beliau memaklumkan sehingga kini Kontinjen Perak telah melancarkan pusat medianya diikuti Pulau Pinang, Pahang dan Selangor yang masih dalam proses penubuhannya.

Beliau juga menyifatkan kebergantungan media dan polis adalah penting dalam mensahihkan sesuatu maklumat yang berkepentingan kepada rakyat.

Sehubungan itu, sudah tiba masanya PDRM melaksanakan pendekatan pelaksanaan strategi 'ofensif daripada defensif' dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat.

Beliau turut menjelaskan ianya adalah seperti membawa perkhidmatan polis kepada masyarakat dalam erti kata lain memecahkan dinding halangan dan persepsi negatif masyarakat terhadap polis.

Tambah beliau lagi, media merupakan medium yang berperanan penting dalam pelaksanaan strategi tersebut dan penubuhan pusat media PDRM ini amat bertepatan pada masanya dalam mengendali dan mengkoordinasi segala maklumat yang disalurkan kepada pihak media untuk disampaikan kepada masyarakat.

Di akhir ucapannya, Ketua Polis Negara melahirkan harapan segala informasi yang disiarkan oleh media massa akan lebih telus melaporkan sesuatu yang berlaku di samping menghindarkan spekulasi negatif masyarakat terhadap PDRM.

Martabatkan Polis KL melalui Penubuhan Pusat Media
Sebelum itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah dalam ucapannya berharap dengan wujudnya Pusat Media PDRM Kontinjen Kuala Lumpur ini akan memartabatkan polis Kuala Lumpur sebagai 'polis bertaraf dunia' pada masa akan datang.

Beliau juga mengharapkan Pusat Media ini sebagai pemangkin utama dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menyalurkan informasi kepada media untuk disampaikan kepada masyarakat.

Beliau juga menjelaskan operasi pusat media ini adalah berkonsepkan 'one stop center' dan 'user friendly' untuk kemudahan pihak media dalam proses perolehan maklumat dan dikendalikan oleh 2 pegawai serta 2 anggota PDRM bagi melancarkan penugasan di Pusat Media ini.

Majlis Perasmian Pusat Media Polis Kontinjen Kuala Lumpur ini turut dihadiri Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Setiausaha PDRM, YDH DCP Dato' Hj. Ghazali bin Hj. Md Amin, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Amar Singh dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Pusat Media Pdrm Di Setiap Kontinjen
Kaunter depan pejabat Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur..

Pusat Media Pdrm Di Setiap Kontinjen
YDH KPN Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar merasmikan Pusat Media IPK KL..

Pusat Media Pdrm Di Setiap Kontinjen
Ucapan alu-aluan daripada YDH Ketua Polis Kuala Lumpur CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah..

Pusat Media Pdrm Di Setiap Kontinjen
Gimik Pelancaran Pusat Media IPK KL yang dirasmikan oleh YDH KPN Tan Sri Hj Ismail..

Pusat Media Pdrm Di Setiap Kontinjen
YDH KPN Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar menandatangani Plak Perasmian Pusat Media IPK KL..

Pusat Media Pdrm Di Setiap Kontinjen
YDH Tan Sri Hj Ismail semasa sesi sidang media selepas selesai majlis pelancaran Pusat Media IPK KL.

Jurufoto: Konst Raymond bin Martin
Wartawan: Konst Irfan Bujang
Suntingan: C/Insp Norsuzila Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM