Pusat Media Kontinjen Sabah Pusat Rujukan
Seramai 44 pegawai dan anggota dari Cawangan Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Kontinjen Sabah terlibat dalam bengkel tersebut. Turut menyertai bengkel itu ialah Pegawai Perhubungan Media Jabatan PDRM yang dilantik.
"Media amat penting dan memainkan peranan utama dalam pelaksanaan strategi baru pasukan, dengan penubuhan Pusat Media PDRM Kontinjen Sabah, penyaluran maklumat terkini dapat disampaikan.Pusat Media adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengamal media dalam menyampaikan maklumat pasukan yang terkini dengan tepat, lebih 'friendly' dan inovatif. Ianya juga sebagai kesinambungan dengan Pusat Media PDRM di Bukit Aman," ujar YDH SAC Noor Azam Jamaludin, Ketua Jabatan Pengurusan, Kontinjen Sabah di Majlis perasmian bengkel yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.
Taklimat disampaikan oleh YDH ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman dan SM Megat Nizar dari Pusat Media PDRM Bukit Aman.
"Adalah diharapkan dengan wujudnya Pusat Media Kontinjen Sabah ini, kerjasama erat di antara pengamal media, masyarakat dan polis akan terjamin dan erat lagi sekaligus membentuk satu sinergi, satu kekuatan untuk membentuk satu semangat dalam memastikan negara ini dalam keadaan yang aman damai dan orang ramai sentiasa sejahtera, tanpa rasa takut dalam menjalankan aktiviti seharian," tambah YDH SAC Noor Azam Jamaludin lagi.
Terdahulu, YDH ACP Ramli Mohamed Yoosuf dengan diiringi YDH SAC Noor Azam dan ASP Mohd Zaki Harry Susanto, Pegawai Turus Hal Ehwal Awam Kontinjen telah mengadakan Kunjung Hormat ke atas YDH DCP Dato' Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah.
YDH
DCP Dato' Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah meluangkan masa menerima
Kunjungan Hormat daripada YDH ACP Ramli Mohamed Yoosuf, disertai oleh
YDH SAC Noor Azam Jamaludin, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah dan ASP
Mohd Zaki Harry Susanto, Pegawai Turus Hal Ehwal Kontinjen Sabah.
YDH ACP Ramli Mohamed Yoosuf menerima cenderamata daripada YDH SAC Noor Azam Jamaludin yang mewakili para peserta kursus.
Para peserta kursus bergambar kenangan di akhir kursus.
Oleh : L/Kpl Sherillah Salleh, Ibu Pejabat Kontinjen Sabah
Suntingan : Unit Laman Web PDRM Bukit Aman