Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pusat Karaoke Tawar Gro Seksi Diserbu

Published: 17 Feb 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebuah pusat karaoke dipercayai menawarkan khidmat GRO untuk kegiatan pelacuran diserbu polis dalam satu serbuan Ops Noda di Taman Desawan, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-karaoke-tawar-gro-seksi-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:39 MYT

Sebuah pusat karaoke dipercayai menawarkan khidmat GRO untuk kegiatan pelacuran diserbu polis dalam satu serbuan Ops Noda di Taman Desawan, awal pagi semalam. 

Hasil risikan selama dua minggu, operasi kira-kira jam 1.15 pagi tersebut berjaya menahan 33 wanita vvarga Vietnam, China dan Indonesia. Kesemua GRO berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan ketika sibuk melayan pelanggan. 

Operasi hampir dua jam itu turut mendapati premis pernah diserbu pada November tahun lalu. Selain itu, polis turut dirampas wang tunai kira-kira RM540, pembesar suara dan mikrofon.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1) C Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen.

Sumber: Sinar Harian

Pusat Karaoke Tawar Gro Seksi Diserbu

ArticlePublished 17 Feb 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM