Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pusat Judi Digempur Polis Melaka Stagg

Published: 17 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Melaka menggempur aktiviti perjudian di sekitar bandaraya Melaka dalam satu operasi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-judi-digempur-polis-melaka-stagg
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:41 MYT

Kuala Lumpur, 17 Nov - Polis Melaka menggempur aktiviti perjudian di sekitar bandaraya Melaka dalam satu operasi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Operasi ini berjaya merampas 65 buah komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian.

Turut ditahan lapan suspek yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian di sekitar bandaraya Melaka.

Dalam perkembangan lain, Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur lagi pusat perjudian dalam operasi berasingan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Shah Alam, Selangor.

Sebanyak 92 buah komputer berjaya dirampas dan turut ditahan 16 suspek.

Ketua Polis Negara melalui akaun twitter beliau mengesahkan kejayaan STAGG yang berjaya menahan 53 orang penganjur dan tauke judi di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 di seluruh negara sejak 1 Januari 2015.
Pusat Judi Digempur Polis Melaka Stagg
Pusat Judi Digempur Polis Melaka Stagg

ArticlePublished 17 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM