Pusat Judi Digempur Polis Melaka Stagg
Kuala Lumpur, 17 Nov - Polis Melaka menggempur aktiviti perjudian di sekitar bandaraya Melaka dalam satu operasi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Operasi ini berjaya merampas 65 buah komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian.
Turut ditahan lapan suspek yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian di sekitar bandaraya Melaka.
Dalam perkembangan lain, Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur lagi pusat perjudian dalam operasi berasingan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Shah Alam, Selangor.
Sebanyak 92 buah komputer berjaya dirampas dan turut ditahan 16 suspek.
Ketua Polis Negara melalui akaun twitter beliau mengesahkan kejayaan STAGG yang berjaya menahan 53 orang penganjur dan tauke judi di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 di seluruh negara sejak 1 Januari 2015.