Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pucuk Pimpinan Pasukan Kontinjen Dan Ketua Formasi Pdrm Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

Diterbitkan: 23 Apr 2023 8.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia, barisan pengarah dan ketua-ketua polis kontinjen termasuk komander-komander serta ketua-ketua formasi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Pasukan dan rakyat Malaysia yang meraikannya, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pucuk-pimpinan-pasukan-kontinjen-dan-ketua-formasi-pdrm-ucap-selamat-hari-raya-aidilfitri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:14 MYT
Kuala Lumpur, 23 April 2023 - Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia, barisan pengarah dan ketua-ketua polis kontinjen termasuk komander-komander serta ketua-ketua formasi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Pasukan dan rakyat Malaysia yang meraikannya, semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain turut berkongsi ucapan mengajak warga Pasukan bersyukur dengan nikmatNya sambil mendoakan supaya semua amalan baik diterima Allah SWT.

"Daripada Abi Umamah R.A daripada Nabi Muhammad SAW bersabda; sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata, hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagaimana matinya hati orang-orang yang kufur pada hari itu", ujar Tan Sri Razarudin.

Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa bersama naib pengerusinya, Puan Sri Zainah Othman juga tidak ketinggalan mengutuskan ucapan Aidilfitri buat warga Pasukan dan sri kandi yang menjadi tulang belakang kuatnya PDRM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md. Din bersama isteri, Datin Sri Johariah Urib Mohd Arifin menyampaikan serangkap pantun Aidilfitri.

"Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan hati,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri", ujar pasangan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula mengutuskan salam Aidilfitri 2023 dengan ucapan maaf zahir dan batin.

Ucapan bersama isterinya selaku Pengerusi PERKEP JSJ, SAC Datin Seri Zalena Mohd Arifin itu dimuat naik dalam Facebook Rasmi JSJ.

Manakala Pengarah Pengurusan, CP Dato' Azmi Abu Kassim. melalui hantar di Facebook Jabatan Pengurusan PDRM mengajak warga Pasukan meraih kemengan 1 Syawal dengan saling bermaafan.

Tidak ketinggalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim bersama isteri selaku Pengerusi PERKEP JSPT, Datin Sri Hayati Dali mengutuskan ucapan buat warga Pasukan khasnya Pegawai dan Anggota JSPT yang bertugas dalam Op Selamat 20 Aidilfitri.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin 1444 hijrah, 2023 masihi", ujar mereka yang dikongsi dalam Media Sosial Rasmi JSPT.

Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Mohd Zaki Hj. Harun pula suka berkongsi sepotong ayat suci Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 185, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

"... dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah SWT kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur", jelas maksud ayat tersebut yang dikongsikan dalam Facebook Rasmi Polis Kontinjen Kelantan.

Manakala KP Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hassan Basri pula menyeru seluruh warga Pasukan khasnya di Kontinjen Perak untuk meningkatkan keimanan dan saling berlapang dada.

Menurutnya, iman yang paling utama adalah sabar dan pemaaf atau lapang dada. Hadis riwayat Al-Bukhari dan Ad-Dailami itu dicatatkan menerusi e-banner Aidilfitri yang dikongsi dalam Facebook Rasmi Polis Kontinjen Perak.

No photo description available.

May be an image of text that says 'A DIRAJA HLNSTT Selamat Hari Raya AIDILFITRI 2023 SYAWAL 1444H DARIPADA ABI UMAMAH R.A, DARIPADA NABI MUHAMMAD SAW BERSA

May be an image of 2 people and text that says 'SNNLER SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR Aidiffitri BATIN SYAWAL 1444H Tangan dihulur maaf dipohon, Tanda ikhlas

May be an image of 2 people and text that says 'SALAM AIDILFITRI 2023 Maad Zahin Batin Iklilan Daripada CPDATUK SERI AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY PENGARAH J

May be an image of text that says 'SYAWAL 1444H Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raihkan kemenangan

May be an image of text that says 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1444 H 2023 M Bahtera Melaka Mudik Ke Pekan Dibawa Bersama Serai Ser

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎PDRM ا elantan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444 H/2023 M dan juga supaya kamu cukupkan bilangan

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎TCM ن SelamHarRay Selamat Hari Aidilfitri 1444 2023 M Ikhlas daripada: YDH CP Dato' Aidi bin

May be an image of 2 people, headscarf and text that says 'NGOR|/ SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri 2023 1444H Gemersik takbir mengundang hiba Salam diutus tand

May be an image of ‎2 people, dais and ‎text that says '‎MALAYSIA MADANI PERKEP َادلعهي ةلهي ناند Maaf 3ahir & Batin 2023 1444H Vk

May be an image of 2 people and headscarf

May be an image of 2 people, headscarf and text that says 'POLIS Selamat Hari Raya AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin 1 Syawal 1444 Dengân Ingatâm Tulus Ikh

May be an image of 2 people

May be an image of 1 person and text that says 'WRDA Paus Selamat Hari Raya AIDILFITRI Maaf Zahir Dan Batin Dengan Ingatan Ticlus Ikhlas YDH DCP DATO'

May be an image of 2 people and text that says 'SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri 1444H 'Iman yang paling utama adalah sabar dan pemaaf tau lapang dada, HR

May be an image of 2 people and text that says '山 MALAYSIA MADANI Ardilfitri & BATIN Selamat Hari raya MAAF ZAHIR Tahun 2023 1444 Hijrah CP Dato

May be an image of text that says 'B Prm מ×××× NHLTIOY salam Ldifir APRIL 20231 ISYAWAL 1444H 22 Ikhlas Daripada CP Dato' Sri Ramli bin Mohamed

May be an image of 2 people and headscarf

May be an image of ‎2 people, headscarf and ‎text that says '‎Selamat Hari Raya Aidilitri YBhg. Puan Sri Ir Zaitun bt Mohd Isa Pengerusi PERKEP Serta

May be an image of 2 people and dais


ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2023 8.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM