Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Psp Terima Dua Buah Command Vehicle Baharu

Published: 09 Nov 2021 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 November 2021 – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) hari ini menerima aset terbaharunya berupa dua unit Command Vehicle bagi menggantikan yang lama seterusnya memperkasakan lagi penugasan di lapangan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/psp-terima-dua-buah-command-vehicle-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:48 MYT

Kuala Lumpur, 9 November 2021 – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) hari ini menerima aset terbaharunya berupa dua unit Command Vehicle bagi menggantikan yang lama seterusnya memperkasakan lagi penugasan di lapangan.

Majlis penyerahan aset terbaharu Polis Diraja Malaysia itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Dataran Kawad, Markas PSP Cheras, di sini.

Turut hadir menyaksikan penyerahan itu tadi ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan Pegawai Eksekutif Global Komited Sdn. Bhd, Datu Ir. Mohd Nasser Israil.

Dato' Sri Acryl Sani yang juga dalam lawatan kerja ke PSP memaklumkan, kedua-dua aset tersebut akan diletakkan di dua unit berasingan iaitu Unit 1 dan Unit 4 PSP Kuala Lumpur.

"Kenderaan tersebut dilengkapi dengan peralatan tempur, mekanisme pengoperasian unit-unit PSP serta mampu memuatkan 15 orang PSP, selain dapat bergerak pantas dalam satu-satu masa," ujar beliau.

Sehingga kini, PSP mempunyai 29 buah kenderaan Command Vehicle yang ditempatkan di semua unit PSP. Walaupun terdapat beberapa kenderaan yang telah melebihi had tempoh usia penggunaannya, namun masih dapat digunakan dengan baik apabila diperlukan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), CP Datuk Mastor Mohd Arif, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), DCP Dato’ Kasuahdi Hj. Ali, Komander-komander Pasukan dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 8 people and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and road

May be an image of 14 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, outdoors and text that says 'நாங்கள்பலவர் பலவர் 식시스 A VGK 682 மர DRM'

May be an image of outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

ArticlePublished 09 Nov 2021 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM