Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Psp Lalui Proses Transformasi Ikut Piawaian Antarabangsa

Diterbitkan: 05 Dec 2015 12.51 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Serdang, 5 Dis – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) telah melalui transformasi berikutan penguatkuasaan ‘Arahan Ketua Polis Negara No. 2’ yang baharu ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani dokumen itu dalam majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan Ke-60 Tahun, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/psp-lalui-proses-transformasi-ikut-piawaian-antarabangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:58 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Doris Mayau

Serdang, 5 Dis – Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) telah melalui transformasi berikutan penguatkuasaan ‘Arahan Ketua Polis Negara No. 2’ yang baharu ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani dokumen itu dalam majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan Ke-60 Tahun, hari ini.

Beliau berkata antara transformasi itu ialah melibatkan perubahan pola pemikiran para pegawai dan anggota PSP (FRU) yang perlu mengikut piawaian antarabangsa.

“Transformasi ini bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam mengawal demonstrasi jalanan dan ketenteraman awam. Tambahan pula, PSP merupakan satu-satunya unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang secara khususnya ditubuhkan sebagai Simpanan Ketua Polis Negara”, tambahnya lagi.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi syabas dan tahniah kepada seluruh warga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang sanggup berkorban apa sahaja demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di negara kita agar kekal terpelihara”, ujar Ketua Polis Negara semasa ucapan beliau tadi.

Hadir di majlis itu ialah Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Mohamed Fuad bin Abu Zarim, pegawai kanan polis dan rakan media.

Psp Lalui Proses Transformasi Ikut Piawaian Antarabangsa
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani Arahan Ketua Polis Negara No. 2 yang baharu

ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2015 12.51 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM