
Artikel
Pru Ke 15 Timbalan Kpn Hadir Taklimat Persediaan Kontinjen Terengganu Hadapi Pilihan Raya
Kuala Terengganu, 15 Oktober 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengg...
Kuala Terengganu, 15 Oktober 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pagi ini bagi mendengar taklimat persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU KE-15), di sini.
Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Husain dengan disusuli taklimat oleh Ketua Cawangan Khas Terengganu, ACP Mohd Faudzi Abd Rahman.
Hadir sama dalam sesi taklimat tadi ialah Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, barisan Ketua Jabatan IPK Terengganu dan para pegawai kanan polis.
Sebelum ini, tiga kontinjen di zon utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah membentangkan persediaan masing-masing menghadapi PRU KE-15 kepada KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani semasa lawatan kerja beliau di sana minggu lalu.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.