
Article
Pru Ke 15 Timbalan Kpn Hadir Ke Sesi Taklimat Kesiapsiagaan Polis Pahang
Kuantan, 2 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mendengar taklimat berkaitan kesiapsiagaan keselam...
Kuantan, 2 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mendengar taklimat berkaitan kesiapsiagaan keselamatan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi Kontinjen Pahang, di Dewan Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pagi tadi.
Terdahulu, Tan Sri Razarudin berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato' Sri Ramli di pejabat rasmi Ketua Polis Pahang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Abdul Razak Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, barisan Ketua Jabatan IPK Pahang, Ketua-ketua Formasi dan barisan KPD.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.











