
Article
Pru Ke 15 Timbalan Kpn Diberi Taklimat Khas Oleh Kp Johor
Johor Bahru, 29 Oktober 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini diberi taklimat khas oleh Ketua Polis (KP) Joh...
Johor Bahru, 29 Oktober 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini diberi taklimat khas oleh Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.
Taklimat khas berhubung perkembangan semasa keselamatan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 itu turut disampaikan oleh Ketua Cawangan Khas Kontinjen Johor, SAC Nor Azizi Maarof dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah.
Turut hadir ialah Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan, barisan Ketua Jabatan IPK Johor, Ketua-ketua Formasi dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Johor.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin.