
Artikel
Pru 15 Timbalan Pengarah Gerakan Jabatan Kdnka Lawat Pusat Mengundi
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (S.M.K) Taman Melawati, Gombak, Selangor pagi tadi dilawati oleh Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri &...
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (S.M.K) Taman Melawati, Gombak, Selangor pagi tadi dilawati oleh Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin.
Lawatan beliau bersama SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC M.V Srikumar M.Nair itu bersempena proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bermula jam 8.00 pagi tadi.
Selain S.M.K Taman Melawati, Dato' Khaw juga sempat meluangkan masa melawat Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri, Kuala Lumpur sekitar jam 12.30 tengah hari diikuti S.M.K Saujana Utama dekat Sungai Buloh, Selangor pada jam 1.45 petang tadi.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: