
Article
Pru 15 Timbalan Kpn Dengar Strategi Kontinjen Pulau Pinang Hadapi Pilihan Raya Dan Bencana Banjir
George Town, 17 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bertemu barisan kepimpinan Kontinjen Pulau Pinang hari...
George Town, 17 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bertemu barisan kepimpinan Kontinjen Pulau Pinang hari ini bagi mendengar strategi Polis negeri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam satu taklimat khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini.
Taklimat turut disampaikan oleh Ketua Cawangan Khas IPK Pulau Pinang, SAC Winston Tan Thye Wah dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern.
Sementara itu, Tan Sri Razarudin mengingatkan semua agar setiap perancangan penugasan yang diatur gerak perlu diperhalusi daripada segenap aspek agar beban tugas seimbang, dan dalam masa sama aspek kebajikan terhadap warga Kontinjen kekal menjadi keutamaan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Dato' Shukri Abdullah, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato' Hussein Omar Khan, Timbalan KP Pulau Pinang, DCP Dato’ Fisol Salleh, Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah serta para pegawai kanan Kontinjen Pulau Pinang.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin