Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pru 15 Polis Gerakkan 31 183 Petugas Unit Dron Seluruh Negara

Published: 04 Nov 2022 9.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 4 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-15-polis-gerakkan-31-183-petugas-unit-dron-seluruh-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:54 MYT
Kuala Lumpur, 4 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata ia melibatkan tugas pemantauan oleh petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

Beliau yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15 berkata PDRM siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU15 berlangsung.

“PDRM menyeru semua pihak yang terlibat agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2135094

Sumber: BERNAMA

Pru 15 Polis Gerakkan 31 183 Petugas Unit Dron Seluruh Negara
ArticlePublished 04 Nov 2022 9.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM