Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pru 15 Pdrm Kekal Komited Pantau Kawalan Keselamatan Menjelang Hari Mengundi Timbalan Kpn

Diterbitkan: 09 Nov 2022 9.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 9 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan terutamanya di sempadan negara sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kekal terjamin dan persediaan sumber manusia secukupnya ketika menghadapi Monsun Timur Laut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-15-pdrm-kekal-komited-pantau-kawalan-keselamatan-menjelang-hari-mengundi-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT
Alor Setar, 9 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan terutamanya di sempadan negara sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kekal terjamin dan persediaan sumber manusia secukupnya ketika menghadapi Monsun Timur Laut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain, meskipun hampir seluruh kekuatan warga kontinjen ditugaskan bagi menghadapi pilihan raya, tugas hakiki dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan negara tidak boleh diabaikan.

Beliau yang hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi mendengar Taklimat dan Keperluan Bantuan Sumber Manusia serta Keselamatan Sempadan Semasa PRU-15 yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kedah, SAC Daud Omar dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, SAC Dato’ Kumar Suresh G. Suppiah di Bilik Mesyuarat Utama, pagi tadi.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin di perkarangan IPK Kedah telah disambut oleh Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass bersama Ketua Polis negeri, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Beliau turut menyampaikan amanat kepada warga kerja kontinjen Kedah supaya sentiasa menjaga kesihatan kendiri semasa bertugas di lapangan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka berikutan negara sedang berdepan gelombang kecil peningkatan kes COVID-19 susulan penemuan subvarian Omicron XBB.

Hadir sama, Timbalan KP Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Pasukan Khas Siasatan Bersepadu), SAC Mad Nazri Zawawi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D10 Forensik, JSJ Bukit Aman, SAC Adzli Abu Shah, barisan Ketua Jabatan IPK Kedah, Ketua-ketua Polis Daerah dan Formasi Kontinjen Kedah.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2022 9.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM