Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pru 15 Kpn Tinjau Penugasan Polis Sempena Penamaan Calon Hari Ini

Diterbitkan: 05 Nov 2022 7.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 5 November 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani membuat tinjauan penugasan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, di sini sempena penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Lembah Pantai (P.121).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-15-kpn-tinjau-penugasan-polis-sempena-penamaan-calon-hari-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:30 MYT

Kuala Lumpur, 5 November 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani membuat tinjauan penugasan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, di sini sempena penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Lembah Pantai (P.121).

Kekuatan pegawai dan anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah siap sedia seawal jam 6 pagi bagi memastikan keadaan terkawal serta calon mahupun penyokong setiap parti bertanding mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Selain anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menjaga lalu lintas serta mengawal jalan yang ditutup kepada orang awam, Unit DRONE dan Pasukan Gempur Ringan (LSF) turut ditugaskan di lokasi berkenaan.

Tinjauan mendapati, keadaan sepanjang proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan tenang dan semua calon termasuk penyokong mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan PDRM.

Bagi proses penamaan calon PRU-15 kali ini, seramai 31,183 petugas beruniform dan tidak beruniform PDRM termasuk aset dron digerakkan bagi pemantauan dan penugasan di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim bersama timbalan, DCP Dato' Yahaya Othman, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor, Ketua Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, ACP Ignatius Francis serta Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text that says 'HIZAM POLIS AZMI POLIS ACRYL SANI SHAFEE POLIS 一'

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, outdoors and text that says 'POI IS τ POLIS BERITA POLIS'

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person and screen

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, outdoors and text that says 'JALAN MEDANG SERAI LSFW12 LSF'

ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2022 7.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM