
Artikel
Pru 15 Kpn Timbalan Kpn Hadir Solat Hajat Dan Doa Selamat Perdana Bersama Warga Pdrm
Ketibaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdua di Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman pada jam 12.00 tengah hari, diiringi Pengarah Jabatan Integr...
Kuala Lumpur, 14 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menunaikan solat sunat hajat dan membaca Yasin di Bukit Aman bagi mendoakan keselamatan para petugas Pasukan menjelang Piihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ketibaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdua di Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman pada jam 12.00 tengah hari, diiringi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
Majlis Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat Perdana itu dipimpin oleh Timbalan Pengarah JIPS (Bahagian Agama dan Kaunseling - BAKA) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud serta disertai hampir 300 warga Bukit Aman.
Program kerohanian tadi turut diadakan secara serentak di seluruh Kontinjen PDRM dan ucapan Tan Sri Acryl Sani disiarkan secara langsung menerusi Facebook Rasmi Bahagian Agama & Kaunseling - BAKA Bukit Aman.
Hadir sama, barisan Pengarah PDRM dan para pegawai awam.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Muhamad Iqtar Azmi.