
Artikel
Pru 15 Kpn Pengerusikan Mesyuarat Pasca Pilihan Raya
Mesyuarat itu menfokuskan kesiapsiagaan keselamatan dan ketenteraman awam serta pelan kontingensi Polis Diraja Malaysia bagi sebarang kemungkinan selepas berak...
Kuala Lumpur, 17 November 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mempengerusikan Mesyuarat Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Mesyuarat itu menfokuskan kesiapsiagaan keselamatan dan ketenteraman awam serta pelan kontingensi Polis Diraja Malaysia bagi sebarang kemungkinan selepas berakhirnya PRU-15 nanti.
Turut berlangsung, sesi taklimat keselamatan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, CP Dato' Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, diikuti empat Ketua Polis negeri melibatkan Polis KL, Polis Pahang, Polis Perak dan Polis Perlis mengenai persediaan dan kekuatan pegawai serta anggota masing-masing.
Hadir sama dalam mesyuarat tadi ialah Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua-ketua Urusetia KPN dan para pegawai kanan polis.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang



















