Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pru 15 Kawalan Keselamatan Sempadan Negara Terus Diberi Fokus Utama Timbalan Kpn

Diterbitkan: 08 Nov 2022 2.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 7 November 2022 - Meskipun hampir seluruh kekuatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya Polis Kelantan ditugaskan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan Monsun Timur Laut, namun usaha memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan negara akan kekal diberi fokus berterusan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-15-kawalan-keselamatan-sempadan-negara-terus-diberi-fokus-utama-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:13 MYT
Kota Bharu, 7 November 2022 - Meskipun hampir seluruh kekuatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya Polis Kelantan ditugaskan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan Monsun Timur Laut, namun usaha memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan negara akan kekal diberi fokus berterusan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain, PDRM tidak akan sesekali mengabaikan tugas dan peranan utamanya untuk mengekalkan keselamatan serta keamanan negara.

"Inilah cabaran terbesar yang perlu dipikul kita semua. Ini termasuklah kawalan keselamatan di sempadan negara yang kekal menjadi 'active duties' Pasukan secara berterusan."

"Perancangan untuk pengaturan penugasan perlu diperhalusi daripada segenap aspek untuk memastikan beban tugas seimbang dan dalam masa sama, aspek kebajikan terhadap warga Kontinjen kekal menjadi keutamaan," ujar beliau.

Tan Sri Razarudin menyampaikan amanat beliau dalam Taklimat PRU dan Keperluan Bantuan Sumber Manusia serta Keselamatan Sempadan Semasa PRU-15 yang berlangsung di Dewan Mesyuarat Utama dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pagi tadi.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kontinjen itu, turut ditaklimatkan mengenai persediaan Polis Kontinjen Kelantan oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Razarudin turut menasihatkan warga PDRM untuk menghindari penyalahgunaan media sosial semasa bertugas, selain sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat rasmi jabatan.

Menurut beliau lagi, tindakan tegas boleh diambil ke atas mana-mana warga Pasukan yang didapati dengan sengaja menggunakan media sosial membuat perkara-perkara yang menyalahi peraturan mahupun undang-undang.

Hadir sama, Timbalan KP Kelantan, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, SAC Dato' Hasan Basri Ahmad Safar, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, barisan Ketua Jabatan IPK Kelantan, Ketua-ketua Polis Daerah dan Formasi Kontinjen Kelantan.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

May be an image of 1 person and sitting

May be an image of 6 people, people standing and text that says 'Selamat Datang YDH DIG TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN Timbalan Ketua Negara YBHG PUAN SRI ZA

May be an image of 6 people, people standing and military uniform

May be an image of 5 people, people sitting and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people, people sitting, people standing, headscarf and indoor


ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2022 2.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM