Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pru 15 Artikel Pilihan Pdrm Beri Jaminan Keselamatan Hari Mengundi Sabtu Ini Kpn

Published: 17 Nov 2022 1.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan pelbagai elemen keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini bagi memastikan ia berjalan lancar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-15-artikel-pilihan-pdrm-beri-jaminan-keselamatan-hari-mengundi-sabtu-ini-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:05 MYT
Kuala Lumpur, 17 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan pelbagai elemen keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini bagi memastikan ia berjalan lancar.

Memberi jaminan keselamatan pada hari pengundian nanti, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata proses penamaan calon pada 5 November lepas telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik.

“Selain itu, dalam tempoh berkempen, keadaan keselamatan terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam.

“Insya-Allah, PDRM yakin bahawa proses pengundian akan berlangsung dengan lancar dan memberi jaminan bahawa segala langkah telah diambil bagi memastikan masyarakat dapat keluar menunaikan hak serta tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://pru15.bernama.com/news-bm.php?id=2139682

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 17 Nov 2022 1.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM