Cheras, 20 Mac 2018 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengingatkan kepada semua warga PDRM yang akan bertugas semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) agar mengelak dari melakukan sebarang tindakan kekerasan sepanjang ianya berlangsung.
Tambah beliau, prinsip ‘dihormati tetapi tidak ditakuti oleh rakyat’ perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi merealisasikan tujuan sebenar keberadaan polis di kalangan masyarakat umum.
Berucap sempena Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri (TPM) Bersama Warga PDRM anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Maktab PDRM Kuala Lumpur sebentar tadi, beliau secara telus menyatakan telah berpuas hati dengan kesiapsiagaan pasukan yang berjaya mengkoordinasi PDRM menerusi pelbagai siri latih amal PRU-14 terhadap pegawai dan anggotanya.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Bersama TPM merangkap Menteri Dalam Negeri anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Kedua-dua program pada hari ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JIPS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato’ Asri Yusoff, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sesi bergambar kenangan bersama Timbalan Perdana Menteri.
.
Sekitar mesyuarat berlangsung.
Sekitar mesyuarat berlangsung.
Sekitar mesyuarat berlangsung.
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur bagi menjayakan Program Turun Padang TPM..
Paluan gong simbolik perasmian program pada hari ini.
Antara barisan Pengarah dan pegawai kanan PDRM yang hadir pada hari ini.
Antara yang hadir.
Sesi Lafaz Ikrar Integriti oleh seluruh warga PDRM.
Sesi Lafaz Ikrar Integriti oleh seluruh warga PDRM.
Sesi Lafaz Ikrar Integriti oleh seluruh warga PDRM.
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sesi penyampaian cenderahati.
Sesi bergambar kenangan.