Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pru 14 Elakkan Kekerasan Tpm

Published: 20 Mar 2018 9.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Cheras, 20 Mac 2018 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengingatkan kepada semua warga PDRM yang akan bertugas semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) agar mengelak dari melakukan sebarang tindakan kekerasan sepanjang ianya berlangsung. Tambah beliau, prinsip ‘dihormati tetapi tidak ditakuti oleh rakyat’ perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi merealisasikan tujuan sebenar keberadaan polis di kalangan masyarakat umum.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-14-elakkan-kekerasan-tpm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:44 MYT

Cheras, 20 Mac 2018 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengingatkan kepada semua warga PDRM yang akan bertugas semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) agar mengelak dari melakukan sebarang tindakan kekerasan sepanjang ianya berlangsung.

Tambah beliau, prinsip ‘dihormati tetapi tidak ditakuti oleh rakyat’ perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi merealisasikan tujuan sebenar keberadaan polis di kalangan masyarakat umum.

Berucap sempena Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri (TPM) Bersama Warga PDRM anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Maktab PDRM Kuala Lumpur sebentar tadi, beliau secara telus menyatakan telah berpuas hati dengan kesiapsiagaan pasukan yang berjaya mengkoordinasi PDRM menerusi pelbagai siri latih amal PRU-14 terhadap pegawai dan anggotanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Bersama TPM merangkap Menteri Dalam Negeri anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Kedua-dua program pada hari ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JIPS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato’ Asri Yusoff, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

_MG_2670
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

_MG_2690
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

0S5A4787
Sesi bergambar kenangan bersama Timbalan Perdana Menteri.
.
_MG_2801
Sekitar mesyuarat berlangsung.

_MG_2809
Sekitar mesyuarat berlangsung.

_MG_2817
Sekitar mesyuarat berlangsung.

0S5A4859
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur bagi menjayakan Program Turun Padang TPM..

0S5A4867
Paluan gong simbolik perasmian program pada hari ini.

0S5A4878
Antara barisan Pengarah dan pegawai kanan PDRM yang hadir pada hari ini.

0S5A4882
Antara yang hadir.

_MG_2970
Sesi Lafaz Ikrar Integriti oleh seluruh warga PDRM.

0S5A4942
Sesi Lafaz Ikrar Integriti oleh seluruh warga PDRM.

_MG_2979
Sesi Lafaz Ikrar Integriti oleh seluruh warga PDRM.

_MG_3013
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

_MG_3034
Ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

_MG_3063
Sesi penyampaian cenderahati.

_MG_3084
Sesi bergambar kenangan.



















ArticlePublished 20 Mar 2018 9.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM