Pru 13 Pdrm Sedia Hadapi Pelbagai Kemungkinan
Oleh : KPL Mohd Shareel Bin Shahriman
"...Teras
negara kita adalah demokrasi, maka teras pasukan kita juga mestilah
berlandaskan 'democration policing' yang berpaksikan 'impartiality' dan
'neutrality'..." - Ketua Polis Negara.
Kuala Lumpur, 18 Dis - "Kita sewajibnya tidak perlu gentar, dan perlu sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi peristiwa yang sangat penting ini," ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena merasmikan Seminar Undang-Undang Pilihan Raya Polis Diraja Malaysia di Dewan Serbaguna, Tingkat 7, Kompleks Sogo, hari ini.
Sebelumnya, beliau telah melahirkan penghargaan atas usaha-usaha pihak-pihak terlibat yang komited dalam membantu PDRM dalam meningkat tahap kecekapan dan pengetahuan, terutamanya berkaitan dengan pilihan raya.
Menurutnya, PDRM selaku institusi penguat kuasa utama dalam menjaga dan mengekalkan keamanan adalah bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan pilihan raya umum tidak dicemari dengan perbuatan jenayah dan menyalahi undang-undang negara.
Menyentuh berkenaan seminar yang diadakan pada hari ini, beliau berpendapat seminar ini menjadi relevan kepada Ketua-ketua Polis Daerah (KPD) bagi menghadapi pilihan raya umum di daerah masing-masing di mana mereka akan diberi pendedahan berhubung dengan siasatan dan pendakwaan kes-kes pilihan raya oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara.
Dalam pada itu, wakil daripada Suruhanjaya Pilihan raya akan memberi taklimat berhubung dengan prosedur dan pengurusan pilihan raya serta tanggungjawab dan peranan polis.
Dan KPD-KPD ini juga telah diterangkan berkenaan peranan dan tanggungjawab polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, "Peranan dan tugas Polis semasa pilihan raya adalah sama, iaitu untuk menjamin keamanan serta keselamatan, dan secara langsungnya menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal," tambahnya lagi.
Seminar yang diadakan pada hari ini menyaksikan slot-slot ceramah yang dikendalikan oleh Y.Bhg Prof. Emeritus Datuk Doktor Shad Saleem Faruqi, Penasihat Undang-Undang UITM Shah Alam, dan Y.Bhg Encik Abdul Hamid Bin Ali Pegawai Latihan Akademi Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Turut hadir, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi.

Taklimat Prosiding oleh Dato' Razali Basri, KPP Bahagian Pendakwaan Dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman merangkap Pengerusi Seminar.

Antara Ketua Polis Daerah yang hadir.

Y.Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi ketika memberi ceramah.

Antara Ketua Polis Daerah yang hadir.

YDH Ketua Polis Negara ketika memberikan ucapannya.

Antara Ketua Polis Daerah yang hadir.

Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir.

Sesi gambar kenangan.