Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Proses Pengundian Prk Rompin Tidak Melibatkan Sebarang Insiden Polis

Diterbitkan: 06 May 2015 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Rompin, 5 Mei - Polis menyifatkan proses mengundi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang bermula 8 pagi hingga 5 petang semalam berjalan dengan lancar dan terkawal tanpa melibatkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/proses-pengundian-prk-rompin-tidak-melibatkan-sebarang-insiden-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:45 MYT

Rompin, 6 Mei - Polis menyifatkan proses mengundi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang bermula 8 pagi hingga 5 petang semalam berjalan dengan lancar dan terkawal tanpa melibatkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Ketua Pusat Media PRK Rompin Supt Abdul Aziz Mahmud berkata, tiada sebarang insiden dan provokasi yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pengundian.

"Seawal jam 5.30 pagi, polis telah dikerahkan mengawal keselamatan ke atas 38 pusat mengundi yang melibatkan 115 saluran mengundi demi memastikan pusat-pusat mengundi berkenaan berada dalam keadaan selamat dan terjamin

Masyarakat setempat yang layak mengundi telah menjalankan kewajiban mereka dalam keadaan selesa tanpa perasaan takut dan bimbang," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Sehingga 10 malam semalam, katanya hanya satu laporan polis sahaja yang diterima berkaitan PRK dan diklasifikasikan sebagai kes yang perlu dirujuk ke mahkamah.

Sementara itu, sejumlah 91 laporan polis telah diterima sepanjang PRK ini,dan 12 kertas siasatan telah dibuka, termasuk empat kes jenayah.

Katanya, empat kes itu melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Selain itu dua lagi kes yang sedang disiasat melibatkan jenayah narkotik, serta lima kes membabitkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan satu lagi kes yang disebutnya sebagai " lain-lain kes."- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 May 2015 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM