
Article
Program Tangan Bersalaman Eratkan Hubungan Pdrm Dengan Masyarakat Terjejas Bencana
Program Tangan Bersalaman di Kampung Tawas, Ipoh, Perak menyaksikan kerjasama erat di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penduduk setempat, sekali gus...
Program Tangan Bersalaman di Kampung Tawas, Ipoh, Perak menyaksikan kerjasama erat di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penduduk setempat, sekali gus mempercepatkan proses-proses pembersihan akibat bencana ribut di kampung tersebut.
Program melibatkan pegawai dan anggota dari Unit 5C, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am bersama penduduk setempat bermula sejak jam 8 pagi sehinggalah 4.30 petang tadi.
Aktiviti kebajikan PDRM itu selaras dengan slogan Pasukan, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.








