Program Pertukaran Personal Pdrm Polri Tahun 2015
Kuala Lumpur, 2 Nov - Program Pertukaran Personel Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) merupakan aktiviti tahunan antara dua kepolisan sejak akhir tahun 1970an lagi.
Program ini adalah salah satu aktiviti di bawah Tim Perancang Latihan Kepolisan (TPLK), Joint Police Cooperation Committee (JPCC) PDRM-POLRI yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2006 di Jakarta Indonesia dan bertanggungjawab terus kepada High Level Committee (HLC) MALINDO.
Seramai 10 orang pegawai POLRI tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur sempena Program Pertukaran Personel PDRM-POLRI pagi tadi.
Delegasi POLRI telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan dan sesi soal jawab di Jabatan Pengurusan, Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Delegasi POLRI melawat Muzium PDRM dan Tugu Negara petang tadi sebelum berlepas balik ke penginapan di Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Delegasi POLRI telah diketuai oleh Kombisaris Besar Polisi Drs. A. Yudi Suwarso, S.H.M.H
Program Pertukaran Personel PDRM-POLRI 2015 bertujuan untuk mendedahkan pegawai dari kedua-dua kepolisan dalam bidang pengurusan kepolisan masing-masing, merangkumi bidang pentadbiran, prosedur kerja, prosedur operasi, perundangan yang digunapakai, bentuk latihan dan bantuan logistik.
Program diaturkan di Bukit Aman, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis,Briged Utara Ulu Kinta dan Pangkalan Latihan Pasukan Unit Udara (PLPGU) Ipoh Perak.
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM