Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Mesra Bersama Ketua Polis Daerah Ipoh

Published: 11 Jun 2014 1.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu program Konvoi C-COP bersama anggota Ibu Balai Polis Sungai Senam telah berlangsung di Restoran Hollywood, Taman Canning, Sungai Senam. Program ini merupakan salah satu alternatif oleh PDRM untuk..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-mesra-bersama-ketua-polis-daerah-ipoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:51 MYT
Ipoh - 22 Mac 2011

Satu program Konvoi C-COP bersama anggota Ibu Balai Polis Sg. Senam telah berlangsung di Restoran Hollywood, Taman Canning, Sg. Senam. Program ini merupakan salah satu alternatif PDRM untuk bertemu dengan masyarakat setempat. Penganjuran program ini untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dengan PDRM.
 
Program yang diadakan secara formal ini disambut baik oleh masyarakat setempat. Reaksi ini menunjukkan kemesraan dan penerimaan masyarakat terhadap kehadiran pihak polis. Secara tidak langsung, ini membolehkan PDRM menerima sebarang aduan daripada penduduk dengan tepat dan telus.

Perbincangan telah diadakan di antara penduduk setempat dan YDH Ketua Polis Daerah, mewakili Balai Polis Daerah Sg. Senam. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kegiatan dadah di kawasan Taman Canning adalah masih terkawal manakala tiada isu berkaitan dengan kes-kes yang serius.

Kesempatan ini, YDH ACP Azisman bin Alias, Ketua Polis Daerah Ipoh menyeru agar masyarakat setempat sentiasa dapat membantu pihak polis bertindak sebagai mata dan telinga PDRM. Sebarang maklumat yang disalurkan oleh masyarakat adalah amat penting bagi membentras kegiatan jenayah sekitar daerah ipoh. Disamping itu, YDH Ketua Polis Daerah Ipoh turut memberitahu seramai 50 orang tenaga anggota FRU telah dikerah untuk membantu penugasan harian IPD Ipoh.

Turut hadir dalam program pagi ini adalah YDH DSP Vijaya Rao a/l Samchulu, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Ipoh, YDH C/Insp Vised a/l Chai Tong, Ketua Polis Balai Sungai Senam, wakil Ketua Bahagian Jenayah IPD Ipoh, YBhg Pengerusi Rukun Tetangga Taman Ipoh, YBhg Ketua Kampung Kepayang, YBhg Pengerusi Flat Ashby, wakil media dan penduduk setempat.

Program Mesra Bersama Ketua Polis Daerah Ipoh

Program Mesra Bersama Ketua Polis Daerah Ipoh
YDH ACP Azisman bin Alias, Ketua Polis Daerah Ipoh menjawab pertanyaan wakil media

Program Mesra Bersama Ketua Polis Daerah Ipoh
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Daerah Ipoh


Wartawan/Jurufoto : Hal Ehwal Awam IPD Ipoh
Penyunting : L/kpl Edwind Indo
ArticlePublished 11 Jun 2014 1.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM