Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Menjejak Misteri Di Muzium Pdrm Bersama Selangor Fm

Published: 09 Jun 2014 1.21 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Kuala Lumpur - 1 April 2007. Program Menjejak Misteri PDRM bersama SELANGORfm telah di adakan di Muzium PDRM, Kuala Lumpur sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis dan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-61 ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-menjejak-misteri-di-muzium-pdrm-bersama-selangor-fm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:37 MYT
Kuala Lumpur - 1 April 2007. Program Menjejak Misteri PDRM bersama SELANGORfm telah di adakan di Muzium PDRM, Kuala Lumpur sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis dan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-61 RTM. Hadir di majlis tersebut, YDH SAC I Dato' Robiah bt. Abd Ghani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH DSP Syed Zainal Syed Abidin, Kurator Muzium PDRM, , Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai kanan serta anggota.
Program dibahagikan mengikut pecahan kumpulan iaitu menjejak misteri bersama sahabat-sahabat SELANGORfm, Kor Sukarelawan Siswa/Siswi ( SUKSIS ) Universiti Putra Malaysia, Pertandingan kuiz bersama kadet polis, Sukarelawan Polis dan SUKSIS, pertandingan melukis dan mewarna. Selain itu, hadirin turut dihiburkan oleh Kumpulan Ghazal, Band D'Muse dan Badan Seni Budaya Muzium PDRM.
YDH SAC I Dato' Robiah Abd Ghani juga menyampaikan sumbangan dari PDRM kepada Pengerusi Asrama Baitul Ummah (Asrama Anak-anak Yatim) Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

 Program Menjejak Misteri Di Muzium Pdrm Bersama Selangor Fm
YDH SAC I Dato' Robiah Abd. Ghani beramah mesra dengan anak-anak yatim dari Asrama Baitul Ummah Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur semasa penyampaian sumbangan dari PDRM.
ArticlePublished 09 Jun 2014 1.21 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM