Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Bukit
Aman, 21 Jun 2011- Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak (AIA)
2011 anjuran bersama Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP)
dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM serta Jabatan Psikiatri
Hospital Selayang telah berlangsung pada pagi ini dan dirasmikan oleh
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Dewan
Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.
Dalam
ucapan YDH Ketua Polis Negara, program yang berlangsung selama 1 hari
ini merupakan program kedua yang diadakan oleh PDRM melibatkan suami,
isteri serta anak-anak keluarga polis dan sekaligus ketiga-tiga komponen
inilah yang akan membentuk sebuah keluarga bahagia. Beliau juga
berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
Turut
hadir pada program ini ialah YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Y.Bhg Puan Sri
Hajah Suriati binti Md Sobri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis
Diraja Malaysia (PERKEP), DR. Toh Chin Lee, Pegawai Perubatan Jabatan
Psikiatri Hospital Selayang, Pegawai Kanan serta para peserta kursus
Program Kemahiran Keibubapaan (AIA) 2011.
"Ibu
bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik serta mencorakkan
kehidupan anak-anak malah ibu bapa juga bertanggungjawab memberi
pendidikan dan membentuk peribadi anak-anak samaada secara rohani,
jasmani mahupun akhlak sememangnya tanggungjawab ini adalah amat berat
dan sukar untuk dilaksanakan. Bagaimanapun dalam menghadapi situasi ini,
kesabaran dan kebijaksanaan ibu bapa amatlah penting bagi mengawal
keadaan supaya ia tidak menjadi lebih serius", ujar YDH Ketua Polis
Negara.
"Tidak
dapat dinafikan pelbagai dugaan dan permasalahan akan timbul dalam
melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT apatah
lagi dalam zaman yang serba canggih dan mancabar ini, oleh itu langkah
atau cara yang sistematik perlu diambil dengan segera agar masalah tidak
berlarutan dan menjadi serius", katanya lagi.
Menurut
YDH Puan Sri Hajah Suriati juga, pada masa yang sama tanggungjawab
suami isteri di kalangan pegawai PDRM semakin bertambah, maka sokongan
institusi keluarga khususnya ibu bapa atau anak -anak amatlah
diperlukan. Masing-masing perlu faham peranan dan tanggungjwab
masing-masing agar keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga dapat
dikekalkan dan dipertahankan kerana sesungguhnya keluarga bahagia juga
akan mempengaruhi prestasi kerja di pejabat.
Program ini juga turut diselitkan dengan ceramah yang menyentuh tentang anak-anak hyper active dan autisma
melalui slot 'Anakku-anak Istimewa', anak-anak yang lemah mengikuti
pembelajaran melalui slot 'Bukanku Pinta' dan tingkah laku devian anak
remaja melalui slot 'Gila Gila Remaja' yang disampaikan oleh para
penceramah jemputan.

Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi PERKEP menyampaikan ucapan aluan.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan dan merasmikan program.

Antara Pengarah dan Timbalan Pengarah yang turut hadir di program ini.

Dr. Toh Chin Lee menyampaikan ceramah bertajuk "Gila-Gila Remaja"
Ceramah
bertajuk "Anakku Anak Istimewa - Anak Hiperaktif Dan Kecelaruan Tingkah
Laku" disampaikan oleh Dr. Selvasingam Ratnasingam.

Ceramah "Bukan Kupinta - Lemah Mengikuti Pembelanjaran / Austima" disampaikan oleh Dr. Norharlina Bahar.
Para peserta telah memberi sepenuh perhatian sepanjang program ini dijalankan.
Salah seorang peserta mengajukan soalan kepada penceramah.

Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri menyampaikan cenderahati kepada Dr. Toh Chin Lee diakhir program.