Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Keluarga Bahagia Pdrm

Published: 11 Jun 2014 7.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BAKA PDRM dan PPZ MAIWP dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan Program Keluarga Bahagia PDRM bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-keluarga-bahagia-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:26 MYT

Putrajaya,19 Oktober 2011

BAKA PDRM dan PPZ MAIWP dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan program keluarga bahagia bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan saya meminta anda berusaha untuk membina keluarga yang bahagia,  dan perlu difahami komitmen mendidik anak-anak merupakan menjadi tanggungjawab semua dan tidak terletak di bahu sebelah pihak semata-mata. Untuk itu, ibu bapa perlu dilengkapkan dengan ilmu keagamaan dan ilmu keibu bapaan yang sempurna disamping sikap tolak ansur dan tidak mementingkan diri dalam mendidik anak-anak," ujar Y.Bhg Tuan Abdul Hakim Amir bin Osman, Pengurus Operasi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam ucapan perasmiannya hari ini.

Slot program dimulakan dengan ceramah dari Y.Bhg Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk daripada Jabatan Agama Islam Daerah Petaling Jaya yang bertajuk "Asas Pembentukan Keluarga Bahagia" yang memberikan banyak informasi berguna kepada peserta dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Dalam intipati ceramahnya juga, konsep ilmu dan amal perlu diberi penekanan di samping perlunya menghidupkan suasana dengan agama dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan jangan menjadi orang yang angkuh dan sombong agar matlamat perkahwinan itu tercapai kerana matlamat perkahwinan yang sebenar adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syarak'.


Slot program diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk "Bersihkah Harta Kita" yang disampaikan oleh Y.Bhg En. Izudin bin Sith, Pegawai Unit Tindakan Khas, PPZ MAIWP yang menerangkan tentang takrifan zakat dan jenis - jenis harta yang boleh dizakatkan serta cara pengiraannya.

Di samping itu, beliau telah memberikan penerangan secara terperinci berkenaan cara pemotongan zakat melalui potongan gaji dengan memperkenalkan Skim Thohir kepada para peserta program dan memperlihatkan para peserta tentang cara pembayaran zakat yang lebih sistematik dengan jalan pengiraaan yang lebih mudah difahami.

Slot terakhir dalam program tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg En. Rozi bin Ariffin,  Pegawai Kaunselor Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Johor Bahru Selatan. Slot yang bertajuk "Cabaran Alam Dewasa dan Matang" telah membawa peserta memahami tentang perbezaan IQ, EQ, dan SQ serta kepentingan mengimbangi ketiga-tiga elemen tersebut.

Beliau menyatakan bahawa pentingnya perhatian dan penghargaan antara pasangan suami isteri disamping perlunya sentuhan dan belaian dalam memelihara keharmonian rumah tangga.

Dalam slot yang disampaikan, beliau berjaya menarik perhatian peserta dengan menyelitkan aktiviti - aktiviti yang membuka pemikiran dan minda peserta dengan memberikan rumusan yang bernas diakhir setiap aktiviti yang dilakukan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan. Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) Bukit Aman, ACP Abdul Razak bin Abdul Majid, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Ustazah Wan Esma binti Wan Ahmad, Ketua Unit Hal Ehwal Sahsiah BAKA Bukit Aman, Tuan Haji Abdul Rani bin Osman,  Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Pegawai Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dif - dif jemputan.

Program Keluarga Bahagia Pdrm
Para peserta mendaftar masuk...

Program Keluarga Bahagia Pdrm
Pengerusi majlis memberi ucapan kata - kata aluan

Program Keluarga Bahagia Pdrm
YDH ACP Abdul Razak bin Abdul Majid, Ketua Polis Daerah Putrajaya meenyampaikan ucapan alu-aluan

Program Keluarga Bahagia Pdrm
Ybhg Tuan Abdul Hakim Amir bin Osman, menyampaikan ucapan serta merasmikan program tersebut

Program Keluarga Bahagia Pdrm
"PENCERAMAH PERTAMA" Ybhg Ustaz Suhaimi Bin Ahmad Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Daerah Petaling Jaya

Program Keluarga Bahagia Pdrm
"PENCERAMAH KEDUA" Ybhg En. Izuddin Bin Sith PPZ, MAIWP

Program Keluarga Bahagia Pdrm
"PENCERAMAH KETIGA" Ybhg Drs. Rozi Bin Ariffin

Program Keluarga Bahagia Pdrm
Antara barisan tetamu Jemputan Kehormat...

Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Para peserta yang menghadiri program tersebut...

Program Keluarga Bahagia Pdrm
Penceramah mengendalikan sesi 'Pecambahan Minda' dengan peserta


Penyampaian Cenderahati Kenang - Kenangan.....
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm


"TAHNIAH"... antara peserta yang mendapat cabutan bertuah......
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm
Program Keluarga Bahagia Pdrm

Wartawan  : Konst Iqtar bin Azmi
Jurufoto   : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan


ArticlePublished 11 Jun 2014 7.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM