Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Derma Darah Polis Johor Sasar 200 Penderma

Published: 10 May 2015 2.22 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Baharu, 10 Mei - Polis Johor menyasarkan sebanyak 200 individu menyertai program derma darah yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Polis ke-208, di Sutera Mall, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-derma-darah-polis-johor-sasar-200-penderma
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:39 MYT

Johor Baharu, 10 Mei - Polis Johor menyasarkan sebanyak 200 individu menyertai program derma darah yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Polis ke-208, di Sutera Mall, di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor Dato' Rusli Ahmad berkata program tahunan dengan kerjasama Hospital Sultan Ismail, di sini, merupakan usaha murni bagi menambah bekalan tabung darah.

"Setakat tengah hari, penderma sudah seramai 90 orang. Mungkin sasaran 200 orang dapat dicapai sehingga petang kerana masih ramai individu yang ingin menderma darah," katanya di sini hari ini.

Rusli berkata pihaknya berharap lebih ramai anggota polis dan orang awam yang berkunjung ke pusat beli belah membantu menjayakan program tersebut.

Sementara itu, pegawai perubatan HSI, Dr Norlyiyana Mohyee berkata pihaknya berjaya mengumpul sebanyak 144 pint darah setakat ini dengan majoriti daripada jumlah bekalan tersebut merupakan darah jenis O.- BERNAMA

ArticlePublished 10 May 2015 2.22 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM