Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Community Policing Dedah Langkah Keselamatan Kepada Kanak Kanak Tadika Kids Academy

Diterbitkan: 27 Nov 2017 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Serdang, 27 November 2017 – Pendidikan awal kanak-kanak mengenai langkah-langkah keselamatan adalah elemen yang penting dalam membentuk masyarakat yang sentiasa peka dengan kejadian jenayah yang berlaku di sekeliling kita, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-community-policing-dedah-langkah-keselamatan-kepada-kanak-kanak-tadika-kids-academy
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
PROGRAM COMMUNITY POLICING DEDAH LANGKAH KESELAMATAN KEPADA KANAK-KANAK TADIKA KIDS ACADEMY 

Serdang, 27 November 2017 – Pendidikan awal kanak-kanak mengenai langkah-langkah keselamatan adalah elemen yang penting dalam membentuk masyarakat yang sentiasa peka dengan kejadian jenayah yang berlaku di sekeliling kita, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

Program Community Policing bersama Kanak-kanak Tadika Kids Academy (Tadika Ceria Sedia) Bandar Puchong merupakan kerjasama antara Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman dan warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. 

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad ketika sesi pengenalan bersama warga tadika tersebut berkata, program ini antara lainnya bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai langkah-langkah keselamatan kepada warga cilik ini. 

“Penganjuran program ini membolehkan polis mendekati segenap lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak yang tidak terlepas daripada menjadi mangsa jenayah maka program sebegini mampu memberikan mereka sedikit sebanyak panduan asas mengenai langkah-langkah keselamatan diri," katanya.

Dato' Asmawati juga berkata, penganjuran program ini secara tidak langsung dapat menepis persepsi negatif terhadap polis iaitu selari dengan konsep “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” dengan memperkenalkan dunia kepolisan kepada golongan kanak-kanak tadika berkenaan.

Kanak-kanak tadika tersebut kelihatan begitu teruja apabila menerima kunjungan pegawai-pegawai kanan dan anggota polis dengan penampilan variasi pakaian seragam PDRM dan program tersebut diakhiri dengan pengenalan kepada beberapa aset PDRM yang digunakan semasa tugas rondaan seperti kereta peronda MPV dan motosikal berkuasa tinggi milik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

0S5A0590
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad bersama Kanak-kanak Tadika Kids Academy (Tadika Ceria Sedia) Bandar Puchong.

Sekitar program
0S5A07450S5A07310S5A09450S5A0858


ArtikelDiterbitkan 27 Nov 2017 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM