Artikel
Program Ceramah Hari Kesedaran Kesihatan
Jangkitan 'Adenovirus' atau virus kencing tikus yang mula dikesan di PULAPOL Kuala Lumpur pada 4 Mac 2011 lalu telah memberikan kesedaran kepada semua pihak di...
Kuala Lumpur - 27 April 2011
Jangkitan 'Adenovirus' atau virus kencing tikus yang mula dikesan di PULAPOL Kuala Lumpur pada 4 Mac 2011 lalu telah memberikan kesedaran kepada semua pihak di atas tanggungjawab bersama memerangi wabak penyakit seterusnya mengamalkan cara hidup yang sihat. Oleh yang demikian, satu program "Hari Kesedaran Kesihatan" telah berlangsung di PULAPOL, Kuala Lumpur pagi ini. Program ini dianjurkan oleh Cawangan BAKA, PULAPOL Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hadir memberikan ceramah kesihatan adalah Y.Bhg. Encik Jayvikramjit Singh, Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Y.Bhg. Dr. Nurul Hafizah Mohd Yusoff, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Seramai 989 orang Pelatih Konstabel manakala 542 orang Pelatih Inspektor hadir untuk mendengar ceramah pagi ini.
Hari Kesedaran Kesihatan ini sememangnya memberikan banyak maklumat yang berguna dan memberikan manfaat khususnya para pelatih yang menjalani aktiviti latihan yang padat. Antara yang dibincangkan adalah mengenai keperluan/kepentingan air dalam aktiviti fizikal, faktor-faktor dihidrat dan kesan-kesan kekurangan air dalam badan. Penceramah dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur Dan Putrajaya telah membincangkan tentang wabak Adenovirus, Leptospirosis dan H1N1. Para pelatih didedahkan kepada pengenalan, sifat wabak, punca /faktor-faktor penularan dan langkah-langkah pencegahan wabak.
Program Hari Kesedaran Kesihatan diakhiri dengan pameran kebersihan makanan dan penjagaan kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Malaysia di Dewan Pengaman PULAPOL, Kuala Lumpur.

Y.Bhg. Encik Jayvikramjit Singh bersama Pelatih Konstabel sebelum memulakan ceramah

Pelatih Konstabel Mohd Hamidi bin Osman bertindak sebagai pengacara majlis pagi ini

Slot Keperluan Air Dalam Aktiviti Fizikal dibawakan oleh Y.Bhg. Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Antara Pelatih Konstabel yang hadir di Dewan Banquet PULAPOL pagi ini

Slot Wabak Adenovirus, Leptospirosis dan H1N1 : Pengenalan dan Pencegahan yang dibawakan oleh Y.Bhg. Dr. Nurul Hafizah Mohd Yusoff, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Antara Pelatih Konstabel yang hadir di Masjid Solihin, PULAPOL Kuala Lumpur
Gambar pameran di Dewan Pengaman PULAPOL

Wartawan : L/kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/kpl Shahreel bin Shariman