Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Aspirasi Integriti Timbalan Kpn Tekankan Integriti Menjadi Acuan Utama Kepimpinan

Published: 30 Oct 2025 12.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 29 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa sifat integriti yang tinggi perlu diamalkan dan diterapkan dalam setiap jiwa kepimpinan tertinggi penjawat awam, demi memastikan tiada sebarang ketirisan berlaku.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-aspirasi-integriti-timbalan-kpn-tekankan-integriti-menjadi-acuan-utama-kepimpinan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:52 MYT


Putrajaya, 29 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa sifat integriti yang tinggi perlu diamalkan dan diterapkan dalam setiap jiwa kepimpinan tertinggi penjawat awam, demi memastikan tiada sebarang ketirisan berlaku.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai panel bersama-sama Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fawwaz Fadzil bersempena Sambutan Hari Terbuka Sumber Manusia, Integriti dan Persidangan Akrab Peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna KPKM, di sini.

Forum bertajuk “Aspirasi Integriti: Mens Sana in Corpore Sano” anjuran Unit Integriti, KPKM itu dikendalikan oleh Motivator Selebriti, Encik Ahmad Fadzli Abdul Aziz.

Dalam forum itu juga, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa nilai integriti perlu dibentuk, diasuh dan disemai secara berterusan melalui penerapan disiplin diri, amalan kepimpinan beretika serta pembudayaan organisasi yang berteraskan prinsip amanah dan tanggungjawab.

Hadir sama dalam program tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Datuk Seri Norazman Ayob, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed dan warga kerja KPKM.

Jurugambar: PDRM RMPTV


Program Aspirasi Integriti Timbalan Kpn Tekankan Integriti Menjadi Acuan Utama Kepimpinan

Program Aspirasi Integriti Timbalan Kpn Tekankan Integriti Menjadi Acuan Utama Kepimpinan

Program Aspirasi Integriti Timbalan Kpn Tekankan Integriti Menjadi Acuan Utama Kepimpinan

Program Aspirasi Integriti Timbalan Kpn Tekankan Integriti Menjadi Acuan Utama Kepimpinan

May be an image of one or more people and text that says 'MARDI'



ArticlePublished 30 Oct 2025 12.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM