Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu program komuniti ' Pemimpin Dihormati, Rakyat Dikasihi ' telah berlangsung di Dewan Blok Melati, Jalan AU 29/56 Keramat Wangsa, Kuala Lumpur pagi ini. Hadir merasmikan program komuniti adalah YDH..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-1-malaysia-pemimpin-dihormati-rakyat-dikasihi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 16:46 MYT
Keramat Wangsa, Kuala Lumpur - 27 November 2010.

Program komuniti " Pemimpin Dihormati, Rakyat Dikasihi " warga penduduk perumahan Melati, Keramat Wangsa PDRM telah berlangsung di Dewan Blok Melati pagi ini. Program komuniti ini telah dirasmikan oleh YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur mewakili YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut hadir di dalam program adalah YDH ACP Zakaria bin Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul, YDH ACP Mohd Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentabdiran), YDH Supt Ali bin Ahmad, Ketua Kem Komandan, Bukit Aman, YDH Supt Aris bin Omar, Timbalan Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Sjn/S Sazali Abd. Samad, Penerima Anugerah Khas Wira PDRM, Y.Bhg Encik Ahmad Tarmizi, Pengurus DBKL Setiawangsa, Y.Bhg Puan Norizan binti Muda, Mantan Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Y.Bhg Encik Muzammer bin Jamaludin, Mantan Pengurus DBKL Setiawangsa, wartawan dan penduduk perumahan.

Hadir membantu menyempurnakan perjalanan program pagi ini adalah Pegawai dan Staff Bomba Dato' Keramat, Pengurus dan Staff DBKL Setiawangsa, Staff Pusat Darah Negara, Pegawai dan Staff Cohort HUKM, Pegawai dan Staff Unit Berkhatan Hospital Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Gombak serta Staff Klinik AU Keramat.

Program yang dilaksanakan oleh PDRM ini adalah bersesuaian dengan konsep 'Polis Komuniti'. Sememangnya program seumpama ini akan merapatkan hubungan silatulrahim dan memupuk semangat saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

"Saya berharap agar aktiviti keagamaan, sukan dan perbincangan dengan remaja dapat diperbanyakkan lagi kerana mereka merupakan modal insan untuk generasi akan datang. Teruskanlah usaha murni ini agar masyarakat di sini dapat melahirkan satu institusi kekeluargaan yang cemerlang" Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur mengakhiri penyampaian perutusan YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Program pagi ini diteruskan dengan penyampaian anugerah khas wira PPRK PDRM Hulu Kelang iaitu Sjn/S Sazali Abd. Samad yang telah dinobatkan sebagai juara bina badan dunia 'Mr. Universe' kategori 'Lightweight' sebanyak 6 kali. Seterusnya penyampaian cenderahati tetamu yang diraikan dan cenderahati kepada semua AJK terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah  majlis berkhatan seramai 40 orang kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, menderma darah dan sukaneka.

Di program ini juga YDH SAC Dato' Amar telah menanam dua batang pokok Pinang 'Royal Palm', sempena Perasmian Kempen Hijau. Kempen ini amat bertepatan dengan arahan pucuk pimpinan PDRM yang mahukan semua IPK, IPD, Balai dan permis perumahan PDRM menghijaukan kawasan dengan tanaman pokok dan lanskap yang cantik.

Perumahan Blok Meranti PDRM ini juga sentiasa menganjurkan pelbagai program dan kursus yang berfaedah untuk masyarakat dan remaja di sini. Antaranya program Karnival Sukan Melati, Perarakan Maulidur Rasul, Gotong-royong Anti Aedes, Ibadah Qurban, Jamuan Raya dan Malam Sejambak Kasih. Antara kursus-kursus yang dianjurkan ialah kursus sembelihan mengikut syarak, kursus pengurusan jenazah lelaki dan wanita dan kursus pembentukan insaniah untuk remaja di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Ketibaan YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bersama YDH ACP Mohd Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan/Pentabdiran Bukit Aman.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Perarakan masuk kanak-kanak berkhatan menaiki konvoi motosikal berkuasa tinggi..

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh menyampaikan perutusan YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
YDH ACP Zakaria bin Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul menerima cenderahati.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
YDH Supt Ali bin Ahmad, Ketua Kem Komandan.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Y.Bhg Puan Norizan binti Muda, Mantan Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan. Di atas sokongan beliau, sebuah bangunan tabika baru telah didirikan dan telah melahirkan pelajar cemerlang TBK peringkat kebangsaan pada tahun 2001.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Penyampaian saguhati kepada kanak-kanak berkhatan yang disempurnakan oleh YDH SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Menanam dua batang pokok Pinang 'Royal Palm', sempena Perasmian Kempen Hijau.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
YDH Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bersama staff bomba membasahkan kanak-kanak yang berkhatan.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Kanak-kanak yang akan berkhatan girang disimbah air.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Antara yang menderma darah...

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Pemeriksaan mata turut diadakan.

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Kanak-kanak yang telah dikhatankan..

Program 1 Malaysia Pemimpin Dihormati Rakyat Dikasihi
Bergambar kenangan bersama AJK penganjur..
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM