Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam

Published: 12 Jun 2014 9.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke – 207, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Forum Perdana yang bertajuk 'Profesion Kepolisan dari Perspektif Islam' yang disiarkan secara langsung ol..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/profesion-kepolisan-dari-perspektif-islam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:34 MYT
Kuala Lumpur, 27 Mac - Sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke – 207, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Forum Perdana yang bertajuk "Profesion Kepolisan dari Perspektif Islam" yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari Dewan Bankuet, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur semalam.

Forum perdana yang telah dikendalikan oleh Y.Bhg Ustaz Zakaria Osman dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama Y.Bhg Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Bakri dan Y.Bhg Ustaz Roslan Che Ros, sebagai ahli panel yang mengupas isu-isu semasa berkaitan profesionalisme kepolisan daripada pelbagai sudut berlandaskan syariat Islam selain menjawab kekusutan dan luahan hati warga PDRM yang hadir.

PDRM sebagai tunjang keselamatan negara perlu sentiasa selari dengan syariat Islam yang indah agar keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini sentiasa terjamin selain menuntut kerjasama sesama masyarakat dalam merealisasikan impian tersebut.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, barisan Pengarah, dan warga kerja PDRM.

Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin,Timbalan Ketua Polis Negara

Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam
Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam
Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam
Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam
Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam
Profesion Kepolisan Dari Perspektif Islam
Sekitar forum berlangsung.
ArticlePublished 12 Jun 2014 9.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM