Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prn Timbalan Kpn Tinjau Proses Undi Awal Warga Pdrm Kontinjen Selangor

Published: 08 Aug 2023 9.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 8 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turun padang bagi melihat proses pengundian awal warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kontinjen Selangor sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15), di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-timbalan-kpn-tinjau-proses-undi-awal-warga-pdrm-kontinjen-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT

Shah Alam, 8 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turun padang bagi melihat proses pengundian awal warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kontinjen Selangor sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15), di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau seawal jam 7.45 pagi di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) disambut oleh komandernya, SAC Zulkifli Jonit dan dibawa meninjau ke lokasi pusat pengundian di Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Integrasi dalam markas briged berkenaan.

Datuk Seri Ayob Khan kemudiannya ke Dewan Kompleks Perdana, Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur bagi meninjau proses pengundian warga PSP dengan diiringi komandernya, SAC Mohd Said Ibrahim.

Seusai itu, Datuk Seri Ayob Khan ke lokasi seterusnya di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato' Hussien Omar Khan bersama timbalannya, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam. Beliau berkesempatan bertemu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang turut hadir di lokasi yang sama bagi meninjau proses pengundian awal.

Tinjauan Datuk Seri Ayob Khan pagi tadi diakhiri dengan melawat pusat pengundian di Pangkalan Tentera Udara (TUDM), Subang di mana beliau telah diberikan penerangan ringkas oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Subang, Kolonel Yusri Jamari TUDM mengenai perjalanan pengundian awal yang dilakukan oleh warga TUDM. Turut hadir di lokasi adalah Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Dr. Norazrin Shamsudin TUDM.

Proses pengundian yang berlangsung di empat lokasi tersebut berjalan dengan lancar dan sistematik.

Undian awal yang bermula seawal jam 8.00 pagi tadi melibatkan 18,013 warga PDRM seluruh Selangor bersama pasangan di 68 pusat mengundi dan 93 saluran. Selain itu, seramai 544 warga PDRM telah membuang undi secara undi pos pada minggu lalu.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 7 people, ambulance and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 6 people and motorcycle


ArticlePublished 08 Aug 2023 9.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM