Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Prn Timbalan Kpn Hadir Taklimat Keselamatan Dan Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Pulau Pinang

Diterbitkan: 08 Jun 2023 10.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Butterworth, 8 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi tiba di sini bagi mendengar Taklimat Keselamatan dan Bantuan Sumber Manusia serta Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-timbalan-kpn-hadir-taklimat-keselamatan-dan-bantuan-sumber-manusia-kontinjen-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Butterworth, 8 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi tiba di sini bagi mendengar Taklimat Keselamatan dan Bantuan Sumber Manusia serta Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Khaw Kok Chin itu juga dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abd Halim.
Berucap seusai taklimat tadi, Tan Sri Razarudin turut mengingatkan kepimpinan tertinggi kontinjen tentang aspek kesetiaan yang ada dalam diri setiap warga Pasukan untuk menjaga kerahsiaan maklumat rasmi jabatan.

"Dewasa ini, kita sering melihat maklumat serta informasi jabatan dikongsi dengan sewenang-wenangnya di media sosial khususnya di aplikasi WhatsApp dan Telegram yang mana dibimbangi maklumat tersebut jatuh ke tangan pihak yang berkepentingan.
"Ingatlah, bahawa kita semua terikat dengan pematuhan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972", ujar beliau.
Disebelah petangnya pula, Tan Sri Razarudin meneruskan lawatan kerja rasminya ke Kem Unit 3 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dekat Ayer Itam, di sini.
Lawatan kerja tersebut bagi melihat kesiapsiagaan terup dan aset Unit 3 PSP menjelang Pilihan Raya Umum Negeri yang bakal berlangsung kelak serta persembahan demonstrasi kawad cegah rusuhan di bawah pimpinan Pegawai Pemerintah Unit 3 PSP, Superintendan Mohd Khairuddin Jamal.

Turut hadir tadi ialah Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md Jani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang yang memangku tugas Timbalan KP negeri, SAC Rahimi Ra'ais, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pulau Pinang.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2023 10.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM