Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prn Timbalan Kpn Hadir Sesi Taklimat Persediaan Prn Kontinjen Terengganu

Published: 13 Jul 2023 8.55 AM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah hadir ke Taklimat Persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-timbalan-kpn-hadir-sesi-taklimat-persediaan-prn-kontinjen-terengganu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah hadir ke Taklimat Persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau di perkarangan IPK telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Negeri, DCP Datuk Mazli Mazlan bersama timbalannya, SAC Dato' Wan Rukman Wan Hassan.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Terengganu, ACP Noor Halim Nordin yang antara lainnya menyentuh aspek keselamatan dan kekuatan sumber manusia sepanjang berlangsungnya PRN kelak.
Seusai taklimat, Datuk Seri Ayob Khan telah dibawa ke Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu untuk melihat sendiri pemantauan situasi sebenar yang dijalankan secara telesidang oleh petugas di lapangan.

Bagi penugasan PRN Terengganu kali ini, seramai 4,468 orang pegawai dan anggota dari Kontinjen Terengganu akan diatur gerak bagi mengawal keselamatan pada hari mengundi yang dijadualkan pada 12 Ogos hadapan.

Hadir sama dalam sesi taklimat adalah Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Terengganu.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 14 people and text

May be an image of 5 people, newsroom and text that says 'BILIK MESYUARAT MIL IBU PEJA æ* NTINJEN 6'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 5 people and the Oval Office

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 9 people, newsroom and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 13 Jul 2023 8.55 AMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM