
Artikel
Prn Timbalan Kpn Di Negeri Sembilan Tinjau Proses Penamaan Calon
Seremban, 29 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi meninjau proses penamaan calon sempena P...
Seremban, 29 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi meninjau proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa kawasan dekat Negeri Sembilan, di sini.
Antara pusat penamaan calon yang dilawati beliau tadi ialah di kawasan Dewan Undangan Negeri N.27 Rantau, N.13 Sikamat dan N.14 Ampangan.
Beliau yang diiringi Ketua Polis negeri, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof kemudiannya turut meluangkan masa melawat Bilik Gerakan Full Manning di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
Hasil pemantauan Datuk Seri Ayob Khan mendapati, keadaan sepanjang proses penamaan calon tadi telah berlangsung dalam keadaan tenang, apabila semua jentera parti bertanding mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Yang turut hadir, ketua-ketua Pusat Pengurus PRN di ketiga-tiga lokasi yang dilawati.