Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prn Taklimat Keselamatan Dan Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Kedah Kepada Timbalan Kpn

Published: 11 Jun 2023 5.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 11 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi menghadiri Taklimat Keselamatan dan Bantuan Sumber Manusia serta Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) peringkat Kontinjen Kedah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-taklimat-keselamatan-dan-bantuan-sumber-manusia-kontinjen-kedah-kepada-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:29 MYT
Alor Setar, 11 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi menghadiri Taklimat Keselamatan dan Bantuan Sumber Manusia serta Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) peringkat Kontinjen Kedah.

Taklimat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama itu disampaikan sendiri oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Fisol Salleh serta Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPK Kedah, SAC Alzafny Ahmad.

Ia diadakan bagi mendapatkan gambaran tepat mengenai tahap kesiapsiagaan Polis Kedah menghadapi PRN yang bakal berlangsung, di samping mengenal pasti fungsi-fungsi elemen Pasukan di pelbagai peringkat akar umbi untuk diatur gerak.
Menurut Tan Sri Razarudin juga, taklimat seumpama itu mampu menjadi peluang dan ruang untuk melontarkan idea serta berinteraksi secara bersemuka dengan barisan kepimpinan Pasukan di semua peringkat.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Hishamudin Tahar, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md Jani, Timbalan KP Kedah, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

ArticlePublished 11 Jun 2023 5.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM