
Article
Prn Kpn Lakukan Pemantauan Op Cantas Secara Telesidang Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini melakukan pemantauan Op Cantas sempena proses mengundi bagi Pilihan...
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini melakukan pemantauan Op Cantas sempena proses mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di Pusat Kawalan Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini.
Pemantauan yang mempunyai rangkaian hubungan terus dengan enam kontinjen polis negeri iaitu di Selangor, Negeri Sembilan,
Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah dilakukan secara telesidang bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi di lapangan.
Penggunaan dron milik Unit Dron PDRM, Pasukan Gerakan Udara turut digunakan bagi tugasan pemantauan secara visual dan "real time" untuk disalurkan ke Bilik Kawalan Op Cantas dan sekiranya berlaku sebarang insiden ia akan direkodkan sebelum tindakan sewajarnya diambil.
Dalam pemantauan tersebut, Tan Sri Razarudin turut berinteraksi dengan setiap kontinjen untuk mendapatkan laporan terkini sepanjang proses kawalan keselamatan yang dijalankan di pusat-pusat mengundi terlibat.
Dalam sidang media yang diadakan di Bilik Mesyuarat B1 sebentar tadi, Tan Sri Razarudin memaklumkan bahawa proses pengundian PRN kali ini berjalan lancar dan terkawal.
Beliau turut berterima kasih kepada semua petugas PDRM yang bertungkus lumus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di tahap yang terbaik dari mula hari penamaan calon sehingga ke hari ini dan pasca PRN kelak.
Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan barisan Pengarah PDRM serta para pegawai kanan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.









