Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prn Kpn Hadir Taklimat Terakhir Di Kontinjen Kelantan Menjelang Hari Pengundian Ogos Depan

Published: 16 Jul 2023 7.37 PM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kota Bharu, 17 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi tiba di sini bagi mempengerusikan Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) Kontinjen Kelantan yang diadakan dekat Dewan Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-kpn-hadir-taklimat-terakhir-di-kontinjen-kelantan-menjelang-hari-pengundian-ogos-depan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT

Kota Bharu, 17 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi tiba di sini bagi mempengerusikan Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) Kontinjen Kelantan yang diadakan dekat Dewan Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, pagi tadi.
Kelantan merupakan kontinjen terakhir mengadakan sesi taklimat persediaan PRN kepada Tan Sri Razarudin selepas Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor selesai bulan Jun dan awal Julai lalu. Manakala Kontinjen Terengganu pula memberikan taklimatnya kepada Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada 13 Julai 2023.
Sesi taklimat persediaan dan pasca PRN Kontinjen Kelantan itu disampaikan oleh Ketua Polis negeri, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun dituruti Ketua Cawangan Khas Kelantan, SAC Salim Youb, Ketua Polis Daerah (KPD) Pasir Mas, ACP Kama Azural Mohamed dan KPD Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria.
Selain yakin dengan strategi persiapan dan pasca PRN yang telah disampaikan oleh kepimpinan polis negeri, Tan Sri Razarudin turut berharap agar PRN kali ini dapat diadakan dengan lancar serta sempurna.
"Marilah kita sama-sama merafakkan doa ke hadrat Allah SWT moga segala usaha yang kita lakukan untuk memastikan PRN kali ini berjalan lancar dan sempurna, insya-Allah.
"Semoga kita semua diberi kekuatan lahiriah dan rohaniah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebaik-baiknya berlandaskan tuntutan agama, mengikut harapan Kerajaan dan juga memenuhi hasrat masyarakat", ujar beliau.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Sapii Ahmad, DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Yusoff Mamat dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people, table and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person and text that says 'URUSSE URUS'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, newsroom and text

May be an image of 3 people, newsroom and text

May be an image of 5 people and text

ArticlePublished 16 Jul 2023 7.37 PMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM