Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prn Kpn Dan Pengerusi Perkep Turun Padang Sempena Undi Awa

Published: 08 Aug 2023 8.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Langkawi, 8 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah turun padang bagi melihat sendiri proses pengundian awal warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15), di beberapa lokasi dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-kpn-dan-pengerusi-perkep-turun-padang-sempena-undi-awa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:55 MYT
 
Langkawi, 8 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah turun padang bagi melihat sendiri proses pengundian awal warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15), di beberapa lokasi dekat sini, pagi tadi.

Antara pusat mengundi awal yang dilawati beliau ialah Markas Operasi Polis Marin Wilayah 1, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

KPN yang diringi oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad turut mengambil peluang beramah mesra dengan petugas dan pengundi di pusat pengundian terlibat.

Turut mencuri perhatian adalah kesudian Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman yang telah melapangkan masa bersama-sama dengan ahli Perkep IPD Langkawi menyediakan serta mengagihkan makanan kepada para petugas hari pengundian awal. Seterusnya, Puan Sri Zainah telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Bakul Kasih Kontinjen Kedah kepada balu dan keluarga PDRM.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, Komandan PULAPOL Langkawi, ACP Mohd Junaidi Mat Akhir dan barisan pegawai kanan PDRM.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 4 people and text that says 'PRƯ15 AMARAN! DILARANG MEMBUAT BISING DILARANG MENGGUNAKAN TELEFON'

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people, dais and text


ArticlePublished 08 Aug 2023 8.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM