Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prn Kehadiran Timbalan Kpn Di Lapangan Suntik Semangat Petugas Pdrm

Published: 12 Aug 2023 9.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kajang, 12 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke beberapa lokasi pusat mengundi sekitar Selangor bagi meninjau penugasan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-kehadiran-timbalan-kpn-di-lapangan-suntik-semangat-petugas-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:54 MYT

Kajang, 12 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke beberapa lokasi pusat mengundi sekitar Selangor bagi meninjau penugasan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), pagi tadi.

Tinjauan beliau bermula seawal jam 8.15 pagi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi untuk melihat kelancaran proses pengundian di samping menyuntik semangat kepada para petugas PDRM yang bertanggungjawab memastikan tahap keselamatan di pusat mengundi berada di tahap yang terbaik.

Datuk Seri Ayob Khan kemudiannya melawat beberapa buah pusat mengundi antaranya Sekolah Kebangsaan (S.K) Bandar Baru Bangi di Bangi, Sekolah Menengah Kebangsaan (S.M.K) Perimbun, Cheras, Rumah Kelab Taman Kelab Ukay, Hulu Kelang dan S.K Taman Seri Gombak 2 di Gombak, Selangor.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan para petugas PDRM serta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang komited menjalankan tugas di pusat-pusat mengundi tersebut.

Hadir sama mengiringi beliau Ketua Polis Daerah (KPD) Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, KPD Gombak, ACP Zainal Mohamed Hj. Mohamed dan KPD Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail.

Mungkin imej 4 orang, meter tempat letak kereta dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang, jalan dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks

Mungkin imej 8 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks


ArticlePublished 12 Aug 2023 9.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM