Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prk Tanjung Piai Pengarah Jabatan Kdnka Turun Padang Tinjau Penugasan Ppm Kukup

Published: 16 Nov 2019 6.02 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani meluangkan masa melawat serta meninjau persiapan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang berlangsung hari ini, di Markas Taktikal PPM Wilayah 2 Kukup, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prk-tanjung-piai-pengarah-jabatan-kdnka-turun-padang-tinjau-penugasan-ppm-kukup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT

Pontian, 16 November 2019 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani meluangkan masa melawat serta meninjau persiapan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang berlangsung hari ini, di Markas Taktikal PPM Wilayah 2 Kukup, di sini, semalam.

Aturcara lawatan tersebut bermula dengan taklimat penugasan PRK Tanjung Piai yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Kukup, ASP Abd Aziz Siyon.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota yang terlibat agar mempamerkan prestasi tugas yang tinggi, professional dan berdisiplin.

Turut hadir, Ketua Polis Johor, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Hamzah Haji Ahmad, Pemangku Komander PPM Wilayah 2, Superintendan Haji Noor Azman Haji Jamal.

Image may contain: 6 people, people standing

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor Image may contain: 6 people, people standing Image may contain: 6 people, people standing
ArticlePublished 16 Nov 2019 6.02 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM