Prk Polis Puashati Dengan Kerjasama Semua Pihak
Beliau turut menyatakan
rasa puashati dengan suasana kempen pilihanraya kali ini yang tidak
mencetuskan sebarang insiden atau kejadian yang tidak diingini. Suasana
sebegini yang diharapkan dari semua parti politik yang bertanding agar
proses demokrasi berjalan lancar, bermula dari hari berkempen
sehinggalah pada hari mengundi, 4 November 2010.
Setakat
hari ini, 3 permohonan permit mengadakan ceramah di Galas, Gua Musang,
Kelantan telah diluluskan manakala 1 di Batu Sapi, Sandakan, Sabah. YDH
CP Dato' Khalid menyeru parti bertanding yang ingin mengadakan ceramah,
memohon permit daripada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing.
Pihak polis akan mempercepatkan proses permohonan namun ianya tertakluk
kepada kesesuaian tempat dan keadaan bagi memastikan proses pilihanraya
kali ini berlangsung dalam suasana yang harmoni.
Bagi
menjawab pertanyaan pihak media mengenai keanggotaan PDRM yang
terlibat, YDH CP Dato' Khalid memaklumkan pihak polis telah bersedia
dengan kekuatan pegawai dan anggota PDRM yang mencukupi bagi menghadapi
pilihanraya kali ini.